Khamis, 23 April 2020

Blog Pertama ReenArifan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua !

Hari ni cuaca sejuk je sbb hujan sejak pukul 2 ptg. Akibat keletihan memberus lantai bilik air dan mencuci kolah air, reen lunch and then tido. Kemudian terbangun ('ter' maknanya bukan niat nak bangun ehh 😝). Sambil2 scroll whatsapp status, ada member ni up tntg blog dia (Saintiskuno.blogspot.com). Dari situ lah reen dapat idea macam mana nak isi masa terluang dalam Bulan Ramadhan reen. Ramadhan reen kali ni tak sama macam tahun2 sudah. Memang totally different. Seluruh dunia termasuk Malaysia terpaksa menjalani ibadah puasa dengan hanya duduk di rumah. Slogan "Stay at Home" merata dkt twitter, ig, fb, dan etc. Dunia dilanda bencana gais. Wabak Corona virus a.k.a Covid-19 mengancam nyawa satu dunia tak kira harta ye 😰.
Jadi, disebabkan Covid-19 ni belum ada vaksin atau penawar, jalan terbaik utk hentikan penyebaran virus ini adalah dgn "Duduk diam2 dkt rumah !".

So, ini adalah masa terbaik untuk start blogging. Yeayyyyy 😍

Mulai saat ini, reen harap blog ni akan jadi pendengar reen yg terbaik. Untuk pengetahuan korang, reen suka meluah apa yang terpendam dalam hati thru puisi. Jadi, takkan lah reen nak berpuisi pulak time meluah face to face dgn org 😂. Blog adalah platform terbaik untuk reen berpuisi. Acececehhh
One more reason, reen suka tulis puisi reen berterabur. Klau reen dapat ilham, on the spot reen akan tulis. Banyak dah buku2 kuliah dan kertas tisu jadi tempat jari2 reen menari mencoret serangkap dua puisi pendek. Bila dah bosan hadap, akhirnya ke tong sampah. Rugi !

Kesimpulannya, blog ini reen hasilkan adalah untuk menulis dan menyimpan serangkap dua puisi2 yang indah sebagai koleksi peribadi reen. Harap korang yang baca puisi2 tu nanti tak terkeluar muntah sbb loya tekak dan tak keluar airmata darah sbb terlalu menyentap jiwa batin 😝.

Sekian untuk first experience. Nantikan puisi pertama dari reen dalam blog ni okay 😘. Bubye